Seperti kita sedia maklum, pertolongan cemas ni sebenarnye satu pengetahuan and kemahiran yang sangat penting dalam kehidupan korang. Pertolongan cemas ni merupakan tindakan awal kita yang sebenarnya mampu mengelakkan kecacatan kepada seseorang dan InsyaAllah menyelamatkan nyawanya.
Sedar tak sedar, kebanyakan daripada masyarakat sekarang ni tak ambik berat soal kemahiran dan mendalami ilmu pertolongan cemas. Diorang anggap ilmu pertolongan cemas ni just untuk golongan anggota / orang2 kesihatan jer atau paramedik.
Pendapat ini saya tak setuju sama sekali. Hu! >.<"
Pendapat ini saya tak setuju sama sekali. Hu! >.<"
Sebab tu saya berani cakap ramai yang tengok jer mangsa kemalangan yang cedera kat jalan-jalan raya atau dekat mana pun tanpa bagi apa-apa pertolongan awal kecemasan. At least, korang boleh berhentikan darah dulu ke, boleh baringkan dengan posisi betul ke, kan? So, tak rugi pun ada ilmu ni.
Mengikut pendapat pakar-pakar perubatan kecemasan, kemahiran pertolongan cemas adalah sangat penting, "sekiranya mangsa sesuatu kemalangan yang cedera di berikan rawatan dalam tempoh yang di sebut Golden Hour, mangsa tersebut akan dapat pulih dan dapat mengelakkan seseorang itu mengalami kecacatan atau kematian".
Yang dimaksudkan Golden Hour ni adalah tempoh masa terakhir antara beberapa minit sampai ke beberapa jam selepas seseorang mangsa mengalami kecederaan (traumatik) yang mana saat ni adalah waktu yang sangat penting untuk mangsa menerima bantuan kecemasan dan perubatan yang boleh mengelakkan kematian.
Sebenarnya semua orang boleh belajar tentang pertolongan cemas, semuanya terletak pada diri masing-masing sama ada perlu atau tak. Dan kalau terkena pada ahli keluarga korang atau orang yang terdekat, jangan korang salahkan paramedik atau anggota kesihatan kerana kelewatan mereka. Sebenarnya dengan pengetahuan dan kemahiran yang asas, bantuan awal kecemasan dah boleh diberikan oleh korang sendiri dekat rumah atau dekat mana jer.
No comments:
Post a Comment
Apa Pendapat korang?