Monday 31 December 2012

Muhasabah Diri Kita

Kredit to my brother
Sahabat..

Muhasabah diri kita, sepanjang tahun 2012 ini..

Adakah sempurna solatku?

“Solat itu tiang agama, maka jika kita tinggalkan umpama meruntuhkan agama sendiri”

Mungkin ramai dikalangan kita yang pernah dengar ayat di atas. Betul?
Tapi berapa ramai dikalangan kita mendirikan ‘tiang’ yang di maksudkan dengan sempurna atau mungkin melaksanakannya seperti ‘umpama melepaskan batuk ditangga’.   

Jadi, muhasabah diri kita..

Solat fardu 5 waktu adalah rukun Islam ke-2 yang di wajibkan kepada setiap manusia di muka bumi ini. Malah, ibadah ini yang akan di perhitungkan terlebih dahulu pada hari pembalasan.

Maka, sempurnakah solatku?

Muhasabah diri kita..

Untuk mengubah kehidupan kita, keluarga kita, agama kita, masyarakat kita dan negara kita, kita perlu berubah diri kita terlebih dahulu. Kita berimpian untuk mengubah masa depan keluarga kita dan semua orang. Tapi semua itu tidak akan terhasil jika kita tak ubah mindset, tingkahlaku dan sifat yang ada pada diri kita sendiri.

Jadi..

Muhasabah diri kita.

Semoga apa-apa yang kita cita-citakan pada tahun 2012 ini tercapai sebelum ia melabuhkan tirainya. Dan bina satu semangat baru untuk tahun yang baru.

ps : Semoga azam baru lebih luar biasa. Selamat tahun baru 2013!

Friday 16 November 2012

Khas Untuk Ayahanda

Salam ukhuwah, salam rindu, salam sayang kepada ayahanda dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-64 pada (18 november).

Mohon semoga Ayahanda sentiasa di bawah perlindungan payung rahmat, nikmat dan barakah daripada Allah s.w.t.

Selamat Hari Lahir

Mudah-mudahan kesihatan bertambah seiring amal ibadah di dunia dalam menuju akhirat yang kekal abadi.

Perlindungan dan pengorbananmu tidak akan di hilangkan dari kotak pemikiran setiap anakanda, sebaliknya akan disimpan dalam akar hati dalam diri ini. Jasamu besar, Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Doa anakanda suapaya keluarga ayahanda menjadi keluarga yang sakinah. Insya'Allah.

Semoga ayahanda terus yakin, sentiasa sabar dan istiqamah dengan dugaan yang diberiNya. 

Yakinlah, hikmah sentiasa mengiringi setiap musibah yang menimpa diri ayahanda.

Salam sayang:
~Anankanda~

Thursday 4 October 2012

Bermula Cabaran Baru Klinik 1Malaysia

Suasana bilik pemeriksaan KS di Klinik 1Malaysia
Antara tarikh-tarikh yang tak dapat KS (Khair.Salamlupekan ialah tarikh 09 Julai 2012, sebab tarikh tu bermulanya tanggungjawab baru KS bertugas di Klinik 1 Malaysia (K1M) di *****. (tak boleh bagitau nanti kena serbu) :p

Rasa Stress campur takut pun ade, macam-macam perkara imaginasi yang ntah pape yang berlegar-legar dalam  fikirkan ni.

Almaklumlah, boleh di"kategori"kan status junior la katekan. Baru setahun jagung dah disuruhnye jaga klinik. ..WTHeks!.. O_o" 

  Dengan pengalaman yang tak seberapa dan ilmu yang masih cetek, buatkan lagi diri ni bertambah++ stress dan mulalah macam-macam imaginasi berirama dalam fikiran sendiri. Di pendekkan cerita, permulaan hari tu jugak, hari first agak terkawal, sebab tak banyak pesakit yang datang. (lega giler)

   Agak nervous pada mulanye, bila lama-lama nervous pun hilang. Bila tiba petang keadaan agak tenang tapi rasa letih, lesu, pening++ sebab melayan kerenah pesakit yang datang.

   Yang membuatkan diri saya lagi bertambah pening, bila terpaksa bekerja 12jam! ..WTHekc!.. disebabkan tak ada pengganti untuk sebelah malam. So? kenalah buat overtime.

Pejam celik, celik pejam, sekarang dah genap 3 bulan lebih KS 'menerajui pucuk pimpinan K1M' ini. :-p
Walau apa pun, KS ambik semua ini dari sudut pemikiran yang +ve. (getoo..) =)

Jadi, KS pujuk hati KS sendiri dan 4 perkara ini yang KS dapat :

1) Diberi Kepercayaan

  Walaupun masih berstatus Junior, KS tetap diberi kepercayaan ketua jabatan untuk mengendalikan K1M tersebut yang secara tidak langsung membuatkan diri ini dihargai. SoObb! :')

2) Dapat Pengalaman

  Memang mencabar bila bekerja seorang diri, lagi-lagi bila terpaksa tengok semua kes sendiri, tak ada siapa-siapa pun yang boleh di tanya kalau ada masalah. 
  
  Jadi, ini adalah antara peluang keemasan untuk KS belajar dari pengalaman yang tidak semua orang boleh dapat. Lah ssangat!
Sampaikan ada kawan yang terkejut bila dapat tahu cerita KS.
[Kebanyakan petugas semua yang legend atau bahasa jawanya 'orang lama']

3) Jadi Doktor

  Cita-cita masa kecik dulu teringin sangat nak jadi doktor, jadi hasilnya hari ini. Walaupun tidak bergelar doktor secara rasmi, tapi KS dikenali di kalangan pesakit dengan panggilan doktor. [boleh la]

4) 4 Dalam 1

   Yang dimaksudkan 4 dalam 1 ini adalah dalam 1 hari KS membuat 4 kerja yang berlainan bidang. Bayangkan daripada buka klinik, daftar pesakit, periksa pesakit, dan pemberian ubat atau dispenser pun KS buat.

  Apa yang KS dapat? KS dapat belajar lebih dan jadi super hero sebab KS dapat buat semua benda.

Ce sebut "Hebat tak?" Hehe..

  Jika fikir-fikir balik semua tu di luar bidang KS kecuali periksa pesakit. MK ambil semua ini sebagai satu cabaran bagi diri MK untuk maju kehadapan lagi. (walaupun agak stress)

Semua bermula dari pemikiran positif, kalau fikiran positif, jadi positiflah kesannya. Dan kalau fikiran negatif, maka? Korang tau jawapannya. :p [Syukur..]

Minda sihat, anda sihat. ^_^Y

Time Setup bilik.

Pemandangan luar Klinik.