Sunday 26 January 2014

Degree Oh Degree

Sebut pasal degree (Ijazah) mesti semua orang tanya kita atau kita dengar dari mulut-mulut orang lain, 

"eh, anak awak dah ade degree ke belum?", 

"dia ni lulusan ape ek, degree ke?" etc.

Sebenarnya nak pendekkan cerita saya masih lagi berbelah bagi, celaru, serabut kepala sama ade nak sambung belajar ke tak, sebab kadang-kadang terfikir jugak nak upgrade jawatan sedia ade ni, yelah walaupun dengan lulusan xxx dapat jawatan PPP pun bagi saya bersyukur dah, sebab saya tak berapa pandang sangat tentang soal lulusan ni semua, yelah ade ijazah pun ade jugak graduan yang mengaggur, rezeki masing-masing. Setiap orang ade tanggapan sendiri.

Satu lagi yang buat kan saya termenung bila teringatkan kata-kata mak saya yang nak sangat anak-anaknye ade ijazah, ntah apa yang buat kan mak macam tu tak tahu la. Hmm..

Celaru, celaru celaru..

Ape-ape pun, sekarang ni masih lagi berfikir. Ada sesiapa boleh tolong? :p

Ini screenshot laman kemasukan ke IPTA sesi 2014/2015




Friday 17 January 2014

8 Pintu Syurga

Ibnu Abbas ra. berkata: Syurga mempunyai 8 pintu yang terbuat dari emas, yang dihiasi dengan jauhar (sejenis mutiara) dan pada pintu yang pertama tertulis kalimat LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASUULULLAH, yaitu pintu bagi para Nabi dan Rasul, syuhada’ dan juga pintunya orang-orang yang dermawan.

Pintu yang kedua yaitu pintu bagi orang-orang yang mendirikan shalat, orang yang menyempurnakan wudhunya dan orang yang menyempurnakan rukun-rukun shalatnya.

Pintu yang ketiga yaitu pintu bagi orang-orang yang memberikan zakatnya dengan senang hati dan ikhlas.

Pintu yang keempat yaitu pintu bagi orang-orang yang memerintahkan kepada kebajikan dan mencegah terhadap perbuatan munkar.

Pintu yang kelima yaitu pintu bagi orang-orang yang dapat memelihara syahwatnya dan mencegah dari nafsu yang buruk.

Pintu yang keenam yaitu pintu bagi orang-orang yang melaksanakan haji dan umrah.

Pintu yang ketujuh yaitu pintu bagi orang-orang yang berjihad (dijalan Allah).

Dan pintu yang kelapan yaitu pintu bagi orang-orang yang bertaqwa, yaitu orang yang memejamkan matanya dari perbuatan dan sesuatu yang haram, orang-orang yang melakukan kebaikan, diantaranya: berbuat baik kepada orang tua, mempererat tali persaudaraan (silaturrahim) dan lain sebagainya.

Di hari jumaat yang mulia ini, kita boleh banyakkan sedekah mudah-mudahan kita menjadi golongan mereka yang memasuki syurga melalui pintu pertama khusus untuk para Nabi, Auliya' & Syuhada serta dermawan dan orang yang bersedekah. Cari manusia yang boleh terima sedekah kita hari ini. Banyakkan selawat juga ke atas Baginda Rasulullah saw. 


Allahummassolli Wa Sallim Wa Baarik Alaih Wa Ala Alaih.

# kredit kepada Guru saya (DAO)# 

p/s: Kongsikan kepada semua yang membaca, semoga bermanfaat.

Wednesday 15 January 2014

20 amalan membuka PINTU REZEKI dan MENJEMPUTNYA.

Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Diantaranya: 

1. Menyempatkan diri beribadah. Mendirikan solat tidak berlengah dengan aktiviti dunia. Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) 

2. Memperbanyak istighfar. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.) 

3. Tinggalkan perbuatan dosa. Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi) 

4. Sentiasa ingat Allah. Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28) 

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim). Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) 

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari) 

7. Tunaikan hajat orang lain. Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim) 

8. Banyak berselawat. Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam. 

9. Buat kebajikan banyak-banyak. Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.” 

10. Berpagi-pagi. Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. 

11. Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari) 

12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid) 

13. Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.) 

14. Melazimi solat malam (Tahajud) Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah . 

15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani) 

16. Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145) 

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam. 

18. Berdoa Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan. 

19. Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya. 

20. Bertawakal Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.) Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. 

kredit: hanan.com.my Semoga mendapat manfaat.

Saturday 11 January 2014

Panduan Asas - Pertolongan Cemas

Artikel ini di tulis sebab saya rasa terbanggil untuk berkongsi ilmu yang kebanyakan orang terlepas pandang. InsyaAllah, dengan pengalaman saya selama 3 tahun dalam bidang perubatan ni memudahkan korang untuk memahaminye. Ok?

Seperti kita sedia maklum, pertolongan cemas ni sebenarnye satu pengetahuan and kemahiran yang sangat penting dalam kehidupan korang. Pertolongan cemas ni merupakan tindakan awal kita yang sebenarnya mampu mengelakkan kecacatan kepada seseorang dan InsyaAllah menyelamatkan nyawanya.

Sedar tak sedar, kebanyakan daripada masyarakat sekarang ni tak ambik berat soal kemahiran dan mendalami ilmu pertolongan cemas. Diorang anggap ilmu pertolongan cemas ni just untuk golongan anggota / orang2 kesihatan jer atau paramedik. 

Pendapat ini saya tak setuju sama sekali. Hu! >.<"

Sebab tu saya berani cakap ramai yang tengok jer mangsa kemalangan yang cedera kat jalan-jalan raya atau dekat mana pun tanpa bagi apa-apa pertolongan awal kecemasan. At least, korang boleh berhentikan darah dulu ke, boleh baringkan dengan posisi betul ke, kan? So, tak rugi pun ada ilmu ni.

Mengikut pendapat pakar-pakar perubatan kecemasan, kemahiran pertolongan cemas  adalah sangat penting, "sekiranya mangsa sesuatu kemalangan yang cedera di berikan rawatan dalam tempoh yang di sebut Golden Hour, mangsa tersebut akan dapat pulih dan dapat mengelakkan seseorang itu mengalami kecacatan atau kematian". 

Yang dimaksudkan Golden Hour ni adalah tempoh masa terakhir antara beberapa minit sampai ke beberapa jam selepas seseorang mangsa mengalami kecederaan (traumatik) yang mana saat ni adalah waktu yang sangat penting untuk mangsa menerima bantuan kecemasan dan perubatan yang boleh mengelakkan kematian.



Sebenarnya semua orang boleh belajar tentang pertolongan cemas, semuanya terletak pada diri masing-masing sama ada perlu atau tak. Dan kalau terkena pada ahli keluarga korang atau orang yang terdekat, jangan korang salahkan paramedik atau anggota kesihatan kerana kelewatan mereka. Sebenarnya dengan pengetahuan dan kemahiran yang asas, bantuan awal kecemasan dah boleh diberikan oleh korang sendiri dekat rumah atau dekat mana jer.

--> klik, Untuk baca selanjutnya.