Sunday, 23 February 2014

Kisah Momentum Perniagaan Internet

Alhamdulillah..

Syukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat dan rahmatNya serta kesempatan untuk saya berkongsi serba sedikit pengalaman hari ini dan pertemuan saya dengan seorang yang hebat yang saya kagumi. Yang mana beliau merupakan seorang usahawan sepenuh masa yang hanya berniaga daripada rumah dengan pendapatan konsisten 4 hingga 5 angka sebulan. (mungkin lebih dari tu..)

Beliau yang saya maksudkan adalah Tuan Mohd Najib Bin Asaddok, CEO Momentum Internet Sdn Bhd dan founder MNI MARKETING & MANAGEMENT.

Apa yang saya nak cerita dekat sini, saya telah pun hadir ke mini seminar momentum perniagaan internet beliau di Seremban pagi tadi  dan merasai sendiri pengalaman "berguru" degan pakar Interenet Marketer.

Secara jujurnya walaupun hanya mini seminar, saya dapat mempelajari serba sedikit ilmu di dalam pemasaran internet dan Alhamdulillah dapat saya praktikkan ilmu yang diajar dan saya dapati keyakinan saya untuk melangkah ke dalam bidang perniagaan internet yang masih baru di Malaysia ini semakin meningkat. 

Saya tidak sabar untuk menigkuti kelas lanjutannya di akhir bulan mac, InsyaAllah akan saya update dari semasa ke semasa. Untuk mengetahui seminar-seminar beliau yang akan datang serta lokasinya anda boleh klik di sini ==>>>>> Momentum Internet 2014.