Tuesday, 31 December 2013

Adakah sempurna Solatku?

Muhasabah diri sepanjang tahun 2013.. 

Peringatan untuk diri sendiri dan Sahabat..


Adakah sempurna solatku?

“Solat itu tiang agama, jadi kalau kita tinggalkan umpama meruntuhkan agama sendiri”

Adakah sempurna solatku?

Kadang-kadang MK termenung sendiri, fikirkan tetang solat kita yang selama ini kita tunaikan sepanjang tahun 2013. Dan sentiasa muhasabah diri untuk menjadi yang lebih baik dan tertanya-tanya.

Adakah sempurna solatku?

Jadi, muhasabah diri kita..

Solat fardu 5 waktu adalah rukun Islam ke-2 yang di wajibkan kepada setiap manusia di muka bumi ini. Malah, ibadah ini yang akan di perhitungkan terlebih dahulu pada hari pembalasan.

Maka, sempurnakah solatku?

Muhasabah diri kita..

Untuk mengubah kehidupan kita, keluarga kita, agama kita, masyarakat kita dan negara kita, kita perlu berubah diri kita terlebih dahulu. Kita berimpian untuk mengubah masa depan keluarga kita dan semua orang. Tapi semua itu tidak akan terhasil jika kita tak ubah mindset, tingkahlaku dan sifat yang ada pada diri kita sendiri.

Jadi..

Muhasabah diri kita.

Semoga apa-apa yang kita cita-citakan pada tahun 2013 ini tercapai sebelum ia melabuhkan tirainya. Dan bina satu semangat baru untuk tahun yang baru.

ps : Semoga azam baru lebih luar biasa. Selamat tahun baru 2014!

pss: Artikel ini dipetik daripada sebelumnya dan telah diupdate yang bertajuk "Muhasabah Diri Kita".

Tuesday, 1 January 2013

Azam Tahun 2013 Buat Tekanan Dalam Hidup

Selamat tahun baru 2013!

Semoga permulaan tahun ini lebih bermakna dengan azam tahun 2013 dan ada tekad untuk berubah kepada yang lebih baik dalam kehidupan kita semua. Soalan untuk diri anda, sudah ada azam baru? Kalau belum cepat-cepat fikir dan tulis. Saya sudah dan sudah pun buat sesi "AkuJanji" dan senarai untuk azam 2013 ini.

    Percaya atau tidak sangat-sangat berbeza perasaan apabila kita hanya berfikir dalam 'hotak' dengan kita menulis atas sekeping kertas. Tak percaya? cuba anda tulis di atas sekeping kertas azam untuk tahun baru anda. ;)

Tidak lupa juga untuk cipta tekanan dalam diri anda untuk berubah kepada yang lebih berjaya dan bahagia. 
     
      Di sini saya ingin berkongsikan antara salah satu senarai baru azam tahun 2013 saya yang agak menarik dan mencabar sebagai contoh untuk anda mencipta tekanan dalam diri anda.


Azam Tahun 2013

"Saya berjanji sentiasa mengutamakan solat dan tidak akan meninggalkannya dan sekiranya saya meninggalkannya secara sengaja saya perlu membayar denda RM100 dan jika secara tidak sengaja saya perlu membayar denda RM10 kepada asnab (fakir miskin/ anak yatim/ masjid/ orang dalam kesusahan) dalam atau luar negara yang menimpa bencana atau apa sahaja pada hari yang tersebut tanpa sebarang penangguhan!"


Ada rasa tekanan dalam ayat di atas bukan, jadi nak tak nak saya terpaksa push diri saya untuk mengutamakan urusan saya dengan Allah s.w.t.

ps : Semoga tanamkan azam baru yang membawa kepada yang positif, selamat mencuba.

pss : artikel ini diambil daripada blog Tuan.Doctor yang bertajuk "Buat Tekanan Dalam Hidup".