Friday, 16 November 2012

Khas Untuk Ayahanda

Salam ukhuwah, salam rindu, salam sayang kepada ayahanda dan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-64 pada (18 november).

Mohon semoga Ayahanda sentiasa di bawah perlindungan payung rahmat, nikmat dan barakah daripada Allah s.w.t.

Selamat Hari Lahir

Mudah-mudahan kesihatan bertambah seiring amal ibadah di dunia dalam menuju akhirat yang kekal abadi.

Perlindungan dan pengorbananmu tidak akan di hilangkan dari kotak pemikiran setiap anakanda, sebaliknya akan disimpan dalam akar hati dalam diri ini. Jasamu besar, Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Doa anakanda suapaya keluarga ayahanda menjadi keluarga yang sakinah. Insya'Allah.

Semoga ayahanda terus yakin, sentiasa sabar dan istiqamah dengan dugaan yang diberiNya. 

Yakinlah, hikmah sentiasa mengiringi setiap musibah yang menimpa diri ayahanda.

Salam sayang:
~Anankanda~